Pages

Tuesday, February 28, 2012

Laut terbelah!

Anda pernah lihat laut terbelah?
Mesti teringat cerita masa zaman Nabi Musa yang ‘membelah laut’ untuk mambawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.
Nah kita tengok dan hayati dulu gambar-gambar laut terbelah di Korea ni!





Fenomena misteri ini berlau di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Cuba anda semua bayangkan dalam tempoh sejam, kekuasaan Allah menyaksikan lautan yang sebelum ini dipenuhi air secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter. Menarik bukan?

Sebenarnya kejadian ini berlaku atas faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter. So, ia akan menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Biasanya berlaku pada jam 5 atau 6 petang.

Ajaib kan?

Tuesday, February 21, 2012

Fast fact: Manga

Oh hari ini aku terfikir nak post tentang manga. yes manga!
dan itu membuatkan aku teringat koleksi-koleksi aku di rumah yang dah berkotak-kotak
hari tu aku hampir menangis bila mak kata nak bakar je manga-manga tu..oh tidak!
sebab ada anai-anai katanya, naik kat kotak-kotak tu..
but nasib la tak bakar sempat anai-anai tu kalah berlawan dengan watak-watak hero dalam komik tuh!hehe..nasib la anai-anai tu mati kena tikam.

Sebenarnya minat aku ni timbul masa aku kecik lagi. Aku sering sorok-sorok masuk bilik abang aku sebab nak baca komik Initial D die. Ala cerita pasal kereta tu. And then, Dragon Ball, Slam Dunk pastu samurai la ape lagi. Memang syok habis! Bila aku meningkat remaja plak, komik-komik cintan plak menjadi pilihan aku.hehe

Dan sememangnya majalah yang mendapat perhatian aku pada waktu tu ialah Gempak sebab isinya menarik dan pelbagai. ada cerita-cerita dalam tu lebih kurang manga tapi bersiri. jadi makin best lah. Aku sebenarnya terhutang budi pada gempakstarz sebab syarikat ni lah yang sudi mengalih bahasa jepun ke melayu. ye la, senang la nak baca kan. dan harganya memang berpatutan!
Mak aku selalu cakap kalau duit habis die suruh aku pergi gigit komik-komik dlam bilik tu! hahaha

And my feveret ever manga is HOT GIMMICK! Penuh emosi, aksi dan jalan cerita yang sangat best! Terima kasih Aihara Miki yang mencoret cerita yang amat best ni!





ok sekarang korang semua nak tau tak fast fact tentang manga ni? jom...

1. buku yang umik yang dikenali sebagai manga ni berasal dari Jepun sejak tahun 1917 lagi dan manga ni adalah bahasa Jepun yang bermaksud komik
2. ia menjadi satu budaya yang sangat hebat, unik dan popular di Jepun
3. opcos la cerita pertama manga ni berkenaan dengan samurai dan kisah berlawan-lawan pedang
4. jangan terkejut di Jepun boleh dikatakan 80% pembaca dikuasai oleh golongan wanita!
5. ada juga manga yang dijadikan dalam bentuk filem atau lebih dikenali sebagai 'anime'
6. Tezuka Osamu adalah artis manga yang terkenal di Jepun
7. Kita baca manga ni seperti orang Jepun membaca, dari kanan ke kiri
8. Boleh dikatakan semua manga ni ada 'dark side'. yela cerita mesti lah kena ada yan baik dan yang jahat kan
9. Manga juga ada yang berasal dari Amerika. Contohnya Sailormoon
10. Siri Bleach dijual hingga 50juta salinan di Jepun sahaja.

jadi, ni lah 10 fast fact yang kita patut tahu tentang manga ni. Dan aku adalah salah seorang 'big fan' manga ni. And i'm not alone! There's lot of my friends have manga collection in their house! ye lah, cerita tentang cinta campur aksi memang favourite la...hehe

Saturday, February 04, 2012

Maulidur Rasul



Tafakur Sejenak Memperingati Maulidur Rasul

Esok adalah hari keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W kawan-kawan! :)
Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Jom kita sambut bersma-sama!

Sebagai umat Baginda, perasaan cinta kita terhadap Rasulullah S.A.W harus disemai dan dipupuk. Bagaimana? antara cara menunjukkan tanda kecintaan kita kepada Baginda saw ialah:

a- Melaksanakan segala arahan Baginda saw
b- Cintakan Sunnah-sunnah saw
c- Memelihara nama dan maruah Baginda saw dari dicemari oleh orang-orang yang jahil
d- Bersolawat ke atas Baginda saw ketika disebut nama Baginda saw
e- Menziarahi Baginda saw ketika berada di Tanah Suci

Exam!



Exam! yes exam!
Feel like a student today..haha
Hari ni aku ada exam SPA..untuk jawatan Penguasa Kastam ape ntah
dah la jauh nun di cheras sana
diorang ni memang tau ke aku kalau bab cheras memang bad luck sungguh
dari dulu sampai sikalang..hahaha
aku ingat kali ni berjaya la aku tempuh halangan yang mencabar ni, sekali sesat jugak
amek kau ha!
tapi at last disebabkan redha dan tawakkal aku, Tuhan berikan petunjuk kat aku
Dia memang nak menduga kesabaran aku..dan aku memang terduga! hehehe
Tepat jam 9 aku sampai kat Institut Perguruan Ilmu Khas tu..Dah la ada event lain bagai kat tepi2 jalan tuh..hari ni la nak buat semua..tak faham aku..
walaupun soalan-soaln dia macam ikan keli dan ikan kerapu, aku main bedal libas je semua
hahaha
dan for da first time aku terlebih masa jawab soalan math! mungkin ini satu petanda positif untuk aku!ki3
dan esei bi sememangnya selalu mengecewakan aku...soalan pun aku tak paham..camane aku nak jawab ha..sudahnya satu helai je aku hentam keromo..ha3
siap keluar awal lagi..terus tembo balik...ha3
So wish me luck guys!
Moga-moga dapat la aku kerja government ni..sape yang xmo keje gov weh!
orang mongok je taknak! hahaahha