Pages

Tuesday, February 21, 2012

Fast fact: Manga

Oh hari ini aku terfikir nak post tentang manga. yes manga!
dan itu membuatkan aku teringat koleksi-koleksi aku di rumah yang dah berkotak-kotak
hari tu aku hampir menangis bila mak kata nak bakar je manga-manga tu..oh tidak!
sebab ada anai-anai katanya, naik kat kotak-kotak tu..
but nasib la tak bakar sempat anai-anai tu kalah berlawan dengan watak-watak hero dalam komik tuh!hehe..nasib la anai-anai tu mati kena tikam.

Sebenarnya minat aku ni timbul masa aku kecik lagi. Aku sering sorok-sorok masuk bilik abang aku sebab nak baca komik Initial D die. Ala cerita pasal kereta tu. And then, Dragon Ball, Slam Dunk pastu samurai la ape lagi. Memang syok habis! Bila aku meningkat remaja plak, komik-komik cintan plak menjadi pilihan aku.hehe

Dan sememangnya majalah yang mendapat perhatian aku pada waktu tu ialah Gempak sebab isinya menarik dan pelbagai. ada cerita-cerita dalam tu lebih kurang manga tapi bersiri. jadi makin best lah. Aku sebenarnya terhutang budi pada gempakstarz sebab syarikat ni lah yang sudi mengalih bahasa jepun ke melayu. ye la, senang la nak baca kan. dan harganya memang berpatutan!
Mak aku selalu cakap kalau duit habis die suruh aku pergi gigit komik-komik dlam bilik tu! hahaha

And my feveret ever manga is HOT GIMMICK! Penuh emosi, aksi dan jalan cerita yang sangat best! Terima kasih Aihara Miki yang mencoret cerita yang amat best ni!





ok sekarang korang semua nak tau tak fast fact tentang manga ni? jom...

1. buku yang umik yang dikenali sebagai manga ni berasal dari Jepun sejak tahun 1917 lagi dan manga ni adalah bahasa Jepun yang bermaksud komik
2. ia menjadi satu budaya yang sangat hebat, unik dan popular di Jepun
3. opcos la cerita pertama manga ni berkenaan dengan samurai dan kisah berlawan-lawan pedang
4. jangan terkejut di Jepun boleh dikatakan 80% pembaca dikuasai oleh golongan wanita!
5. ada juga manga yang dijadikan dalam bentuk filem atau lebih dikenali sebagai 'anime'
6. Tezuka Osamu adalah artis manga yang terkenal di Jepun
7. Kita baca manga ni seperti orang Jepun membaca, dari kanan ke kiri
8. Boleh dikatakan semua manga ni ada 'dark side'. yela cerita mesti lah kena ada yan baik dan yang jahat kan
9. Manga juga ada yang berasal dari Amerika. Contohnya Sailormoon
10. Siri Bleach dijual hingga 50juta salinan di Jepun sahaja.

jadi, ni lah 10 fast fact yang kita patut tahu tentang manga ni. Dan aku adalah salah seorang 'big fan' manga ni. And i'm not alone! There's lot of my friends have manga collection in their house! ye lah, cerita tentang cinta campur aksi memang favourite la...hehe

No comments: