Pages

Tuesday, February 28, 2012

Laut terbelah!

Anda pernah lihat laut terbelah?
Mesti teringat cerita masa zaman Nabi Musa yang ‘membelah laut’ untuk mambawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.
Nah kita tengok dan hayati dulu gambar-gambar laut terbelah di Korea ni!





Fenomena misteri ini berlau di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Cuba anda semua bayangkan dalam tempoh sejam, kekuasaan Allah menyaksikan lautan yang sebelum ini dipenuhi air secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter. Menarik bukan?

Sebenarnya kejadian ini berlaku atas faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter. So, ia akan menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Biasanya berlaku pada jam 5 atau 6 petang.

Ajaib kan?

No comments: