MENJELANG RAMADHAN...
Sekarang ni bulan puasa untuk umat Islam seluruh dunia. Selamat menyambut Ramadhan Kareem wahai rakan² dan sahabat sekalian. Semoga ibadat kita diterima olehNya dan dirahmati dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Amin.
Setakat ni Alhamdulillah belum tinggal puasa lagi. Hehe! Harap² bertahan hingga ke pengakhirnya. Malam ini aku akan pulang ke kampung menjenguk mak dan adik beradik lain. Lama dah tak balik, last balik awal bulan Mei cuti hari pekerja. Hehe, lamalah tu dah sebulan. Kita kena balik setiap bulan jenguk mak kat kampung. Kesian mak takde peneman kat sana. Kakak dan abang² ada je kat sana dengan mak tapi mana nak sama dengan anak bongsunya ini. Hehe! Balik sampai Ahad, lepas tu Raya lah pulak balik. Raya seminggu lebih la cuti! Hehe!
Raya 2 tahun lepas bersama arwah Abah. :'( |
Tapi...tahun ni. Pertama kali aku, mak dan adik beradik lain beraya tanpa kehadiran abah. Memang terasa sangat kehilangan abah. Insan yang selama ini bersusah payah membuat persiapan Ramadhan & Syawal bersama kami. Tapi kali ini abah dah tiada. Mak kata mak tak nak raya pun. Aku pun takde semangat sangat nak raya. Nak balik ziarah kubur abah je pastu luangkan masa bersama keluarga tersayang. #AlFatihah
Buat semua yang mengenali aku, selamat berpuasa dan mintak maaf banyak-banyak jika selama ini ada terkasar dan melukakan hati. Sesungguhnya aku hanya insan lemah yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan aku sendiri.
No comments:
Post a Comment