mood: blog bersawang
Ter-click pula blog yang dah lama tak dijenguk ni. Tiba-tiba je blogspot ni membuka blog aku. Dahulu masa student rajin sangat post setiap minggu tapi sekarang ni dek kerana sibuk berkerja, post entah ke mana, blog entah ke mana. Yelah, kerja sekarang ni memerlukan aku menaip setiap masa, jadi mood menaip untuk suka-suka ni dah hilang. Dah letih menaip artikel kat opis! Haha...
Tahun 2016 dah muncul, bermakna umur aku dah meningkat ke satu lagi angka. Banyak dah berubah sekarang ni. Dari semua segi... Persekitaran pun dah tak sama macam zaman study dulu. Perspektif pun dah lain sikit, kehidupan seharian pun lain. Tapi ada juga yang masih tak berubah dan kekal macam dulu. Macam status single... Haha!
Kalau lihat ke belakang balik #pandangbelakang, macam-macam perkara yang aku rindukan. Rindukan zaman belajar dan semestinya rindukan arwah Abah.... Arwah yang tidak pernah aku lupakan walau sesaat dalam setiap hari aku. Dulu aku sering terfikir bagaimana rasanya hidup tanpa insan yang kita cintai, bagaimana sakitnya kehilangan orang yang menjaga kita sejak kecil lagi. Ternyata ianya amat sukar dan sakit.
Pedih apabila tiada lagi kedengaran suara Abah di corong telefon. Bertanyakan tentang keadaan diriku bersendirian di kota besar ini. Teringat wajahnya yang gembira menyambut bila aku pulang ke kampung. Rindu melihat wajah leganya bila aku menolong membuatnya kerja rumah. Dan keesokannya pasti dia akan membeli ikan kegemaranku untuk ibu masakkan. Ah, betapa aku rindukan saat itu. Bukan aku sahaja yang rindukan memori itu, ibu juga sering bercerita tentangnya. Betapa girangnya muka Abah bila setiap kali aku pulang ke kampung bertemunya. :'( Al-Fatihah
Aku cuba melalui hidup normal seperti orang lain. Redha, tabah dan menerima kehilangan orang tersayang di sisi. Kerana itulah kehidupan... Yang hidup pasti akan mati, yang ada pasti akan pergi. Aku bersyukur kerana sempat merasakan nikmat mempunyai seorang bapa yang penyayang, tegas dan bertanggungjawab. Kerana di luar sana ada lagi insan yang mempunyai nasib lebih sakit dari kita. Allah pinjamkan aku waktu bahagia mempunyai seorang bapa... Terima kasih Tuhan, Alhamdulillah...
Beberapa tahun ini aku banyak mengisi kehidupan aku dengan melancong dan beriadah. Melawat tempat-tempat yang menarik dan melakukan aktiviti sihat setiap minggu. Inilah yang aku dapat lakukan untuk melarikan diri dari tekanan hidup dan mencari kepuasan. Biarpun aku tidak aktif seperti zaman belajar dahulu, tapi aku masih cuba membaiki gaya hidup aku untuk jadi lebih sihat dan gembira. Orang kata nak jadi bahagia kena lahir dari gaya hidup dan tubuh badan yang sihat. Hehe!
Insya Allah tahun ni aku akan isikan dengan banyak lagi aktiviti yang sihat, bersukan dan melakukan aktiviti berfaedah. Tak lupa juga meluangkan banyak masa dengan Mak dan keluarga tersayang. Mak adalah segala-galanya bagi aku sekarang. Akulah yang menjadi tempat luahan perasaannya, yelah orang lain sibuk dengan anak bini kan. Hehe. Tapi adik-beradik aku yang lain juga berusaha bersama-sama memberikan yang terbaik buat Mak. Mereka menjaga Mak dan meluangkan masa dengan Mak. Aku cukup berterima kasih pada adik-beradikku yang lain kerana sering berada disisi Mak bila aku tiada di samping mereka. Hanya Allah yang mampu membalasnya...
Dahla malas nak taip lagi. Huu. Nak letak gambar tahun2 lepas yang penuh dengan memori tersendiri ni pulak. Ada banyak lagi tapi ni je lah yang ada dalam PC aku, yang lain dalam external hardisk kat rumah. Babai!!

No comments:
Post a Comment