Pages

Wednesday, May 21, 2014

ANCAMAN MASYARAKAT ISLAM SEKARANG

Masyarakat Islam pada masa kini sememangnya berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam konteks agama. Pelbagai fahaman muncul mengakibatkan sesetengah pemikiran orang Islam terdorong mengikutinya tanpa rasa bersalah.

Fahaman berasaskan pemikiran humanisme, sekularisme & liberalisme adalah salah satu ancaman terbaharu masyarakat Islam. Pemikiran sesat ini mengancam akidah & syariat kerana mengagungkan kehendak serta nafsu manusia semata-mata. Fahaman ini juga menolak sebarang sistem nilai dalam normal agama & adab susila.

Namun ini tidak bermaksud Malaysia menolak hak asasi masyarakat. Kita perlu tahu semua agama mengajar penganutnya ajaran yang baik. Akan tetapi fahaman liberalisme dan moral yang songsang akan menyebabkan masyarakat bercelaru. Mereka ini begitu taksub dengan ideologi liberal sekular dicipta Barat.

Institusi Islam khususnya sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar pendapat agama lain mengenai agama Islam tetapi ia perlu berlandaskan kepada usaha memahami kepelbagaian agama, bukan untuk mempersoalkan keistimewaan diberikan Perlembagaan Persekutuan terhadap agama Islam.

Hak asasi manusia yang dilihat sebagai nilai sejagat yang dikongsi perlu mengambil kira ciri khas sesebuah negara dan rantau termasuk sejarah, budaya serta agama. Ini penting khususnya kepada Malaysia bagi mengekalkan keharmonian rakyat dalam kepelbagaian bangsa dan agama.

No comments: