Pages

Thursday, October 20, 2011

Peteh teruskan tendangan!


Jangan terlalu selesa dengan situasi sekarang. Itulah saja peringatan yang mampu aku berikan kepada pemain pasukan Terengganu meskipun sudah mempunyai bekalan selesa selepas berjaya menyumbatkan gol 2-0 melawan Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2011 baru-baru ini.

Jaringan Manaf Mamat yang dikenali sebagai 'Libasan Penyu' itu nyata bisa menaikkan semangat pemain lain dan juga penyokong yang hadir pada malam itu. Kesebelasan utama Terengganu menampilkan kelas yang tersendiri dengan menjerat Selangor.

Bagi aku, permainan belum lagi berakhir. Masih ada 90 minit lagi untuk menamatkan derita sebelum melangkah ke perlawanan akhir. Separuh akhir yang kedua yang akan berlangsung di stadium Terengganu Sabtu ini akan menentukan kalah menang amat ditunggu oleh rakyat Terengganu dan Selangor sendiri.

Aku sebagai anak jati Peteh ini pun tidak sabar menonton ketangkasan dan kemahiran pemain Ganu menggelecek bola dan menundukkan pihak lawan. Walau ramai di antara kawan-kawan aku yang tidak menyokong Terengganu (rata-rata menyokong Selangor) namun ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus bersorak di belakang barisan pemain!
Tunjukkan kehebatanmu di medan pertarungan nanti! Yang pasti aku akan setia menonton di sini walaupun tidak dapat melihat depan-depan di Stadium Ganu. InsyaAllah final jika diizinkan Tuhan aku akan turun padang! Buat pemain Ganu Peteh Sabtu ini pulun habis-habis ye! Chaiyo!

No comments: