Titipan di bawah ini saya ambil dari kongsibersamanora.blogspot.com yang berkongsi satu cerita yang menarik yang mampu menyoal diri kita sendiri. Semoga kita dapat hayati kisah di bawah ini dan dapat sebarkan kepada orang lain juga. Yang baik kita ambil, yang kurang kita baiki. Amin :)
Assalamualaikum guys... Kita ambil ini sebagai iktibar dan renungan bersama. Yang baik kita jadikan tauladan dan yang kurang baik kita simpan untuk rujukan... Jom baca dioalog yang dikongsikan dari sahabat2 di FB...
Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda jika perkara ini berlaku pada kita.
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..
Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah
“Lawak kan, dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN."
“Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi.”
“Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya ”
"Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran”
“Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba² mengejar dunia .. ”
“Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa."
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawakkan?? Kenapa? Gelak tu kan realiti..
Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda perkara ini akan sampaikan kat kpd orang lain. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam.
*Nota
Manusia sentiasa mengejar hal dunia berbeza hal akhirat. Masing2 berebut2 untuk kaya dan punya harta berbillion2 dollar untuk dunia tetapi tidak memikirkan untuk berebut2 mencari ilmu dan pahala untuk akhirat.. Inilah dunia manusia.. Bukan semua sedar kesilapan dan dosa masing2... Hanya DIA sahaja yang dapat membuka mata dan hati hamba2nya yang gelap itu... Wallahualam.....
No comments:
Post a Comment