Pages

Monday, October 17, 2011

Ganu Peteh Selangor malam ni!


Malam ini bermulanya separuh akhir pertama Piala Malaysia ,di mana pastinya debaran kini dirasai oleh semua pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir. Selangor vs Terengganu dan T-Team vs N.Sembilan! Sudah tentu kesemua empat pasukan akan mencongak strategi terbaik untuk mengharungi pusingan pertama bagi membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik pada 22 Oktober ini.

Terengganu berjaya menyingkirkan juara bertahan Kelantan dalam saingan suku akhir minggu lalu, Terengganu kini mempunyai motivasi tinggi menjelang perlawanan menentang selangor di Stadium Shah Alam. Jurulatihnya, Irfan Bakti bakal melakukan satu lagi kejutan di Shah Alam dan memastikan mereka membawa bekalan selesa ke separuh akhir kedua di Kuala Terengganu nanti.Sandaran pastinya kepada tiga penyerang sensasi Ashaari Samsudin, Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat untuk mengegar gawang Selangor.

Apa yang pasti, saingan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam menjadikan satu pertembungan yang cukup hebat. Untuk rekod, Selangor dan Terengganu pernah bertemu dalam separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 2007 dengan kemenangan berpihak kepada Selangor. Terengganu pula pastinya mengharapkan tuah menyebelahi mereka kali ini selepas tewas dalam tiga penampilan terakhir mereka di separuh akhir.

Anda boleh saksikan perlawanan ini pada pukul 8.40 malam ini di TV1 RTM untuk Terengganu vs Selangor manakala T-Team vs Negeri Sembilan di Astro Arena 801.

No comments: