Dikenali menerusi kartunnya berjudul 'Lagak A. Mahmud' dalam majalah Gila-Gila. Fatah Ngah atau nama sebenarnya Abdul Fatah bin Ngah, 57 cukup sinonim dengan karyanya A. Mahmud dan Lagak A. Mahmud. Kreativiti yang beliau lakarkan dalam Majalah Gila Gila sememangnya menjadi kegilaan masyarakat ketika itu. Watak A Mahmud sebagai watak berjambul di hadapan, memiliki Vespa dan segala-galanya tentang kampung asalnya diperincikan dalam setiap lukisan beliau.
Pelukis, kartunis yang berasal dari Dungun, Terengganu ini merupakan sahabat karib Kerengge. Fatah Ngah dibesarkan dalam keluarga yang meminati seni, anak seorang guru pelawat. Kedua orang adik beliau, Arwah Abdul Jalil Ngah merupakan Art Director sementara penggubah lagu terkenal Sekadar Di Pinggiran, A. Manan Ngah.
Fatah pernah menjadi ilustrator komik Medan Pelajar, Bambino dengan penerbitan majalah Gila-Gila. Kini kartunis Fatah sudah tidak mampu untuk berkarya lagi. Keadaannya yang begitu uzur membatasi perjalanan seni dan hidupnya. Beliau kni sedang menderita mengalami sakit saraf dan hanya mampu menggunakan kerusi roda.
Atas dasar keprihatinan, CAW Konsortium, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Kraftangan Malaysia akan mengadakan Pameran & Jualan Amal Koleksi Kartunis Fatah pada 21 - 30 Oktober 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Hasil jualan amal yang diperoleh akan digunakan untuk membantu kartunis Fatah menjalani rawatan dan aku di sini memohon kepada semua agar mendoakan beliau kembali sembuh dan dapat berkarya semula seperti dulu. Amin.
Di bawah adalah antara koleksi-koleksi lukisan beliau:
No comments:
Post a Comment