Pages

Wednesday, September 21, 2011

Go Tiger! Aummmm

Malam ini berlangsungnya Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia antara Malaysia vs Jepun. Sudah tentu peminat seluruh negara berdebar-debar mahu menyaksikan perlawanan Malaysia vs Jepun ini.

Setelah sekian lama menyepi di pentas Asia ni, kali ini kita muncul! Ini SEJARAH!! Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 ini, Malaysia vs Jepun ini disiarkan di Saluran 801, Astro Arena dan juga RTM2.

Ayuh semua! Tunggu apa lagi. Bersama kita meriahkan kedai-kedai mamak dan rumah-rumah kita dengan menonton perlawanan bersejarah ini. Apa yang penting sokongan kita kepada pemain bukanlah kritikan-kritikan negative yang tidak membina. Kita perlu yakin akan kemampuan pemain Harimau Muda.

Apa pun jua keputusan nanti, janganlah melatah dan menghukum sesiapa. Adat permainan ada yang menang ada yang kalah. Yang penting cara yang kita guna untuk orang ingat bagaimana kita melakukannya. Go Tiger! :D

No comments: