Pages

Monday, February 14, 2011

Aku Ingin Mencintai Mu ;)


Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal.
Hari yang mulia ini ialah Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w

Lantas di sini aku memang terkesan dek kemaknaan hari tersebut..
sebentar tadi aku menjengah ke blog-blog yang mempunyai isi-isi yang berkaitan dengan Islam dan kecintaan terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.w.t
MasyaAllah, begitu indah kata-kata pujangga yang mereka titipkan
dan di sini aku ingin berkongsi kepada semua coretan lirik lagu di atas yang pada aku begitu mendalam maknanya dan membuatkan kalbuku sedih seketika
mengingatkan akan dosa-dosa dan kelalaian aku sebelum ini sebagai sorang hamba yang tidak sempurna di sisiNya

**************************************************************************
Aku ingin mencintaiMu

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin kerna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu
Aku ingin mencintaimu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
Dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu
selamanya sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi
**************************************************************************

Besh kan lagu ni?
Dulu sewaktu aku kecil, aku sering menyanyikan lagu keputeraan Rasulullah
ala yang ade lirik:
23 April tahun gajah, bermulalah sebuah kisah
lalallalala..(padahal xigt dah..haha)

waktu itu tiada apa makna bagiku
hanya rentak melodinya yang merdu dan 'catchy'..
sekarang pabila usia meniti masa, banyak medium-medium yang diluahkan oleh ummat manusia untuk menunjukkan kecintaan mereka pada Nabi Muhammad s.a.w

Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia pasti akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.
ada ceramah, perarakan dsb..
setahu aku la, banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan
Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi,
sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.

Sebenarnya bagi aku,kita amat bertuah sekali menjadi ummat Nabi Muhammad s.a.w.
Banyak kelebihan yang diberikan kepada kita.
Bagi aku pengorbanan Rasulullah pada kita amat banyak..
Cinta Raslullah pada kita begitu tinggi.
Baginda telah meletakkan kita sebagai umatnya di tempat yang tinggi di dalam hatinya.
so sekarang, kita perlu persoalkan kepada diri kita sendiri, siapa pula Rasulullah di hati kita?
Adakah kita telah meletakkan nilai cinta itu lebih rendah krn cinta kita hanya kpd dunia semata-mata?
Atau cinta kepadanya sama sahaja seperti kasih kita kepada orang-orang (keluarga,kawan,kekasih dsb) di atas muka bumi ini?
Atau lebih teruk lagi, kita tidak langsung berasa cintakan Rasulullah. Masya Allah..
Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk menjadi umat Muhammad yang cinta kepadanya sehingga hujung nyawaku diambil….



No comments: