Pages

Wednesday, September 28, 2011

Buat sendiri la

Jika mahu berpaling tadah, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu tidur sahaja, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu melawan perintah-Nya, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu makan sahaja, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu mengikut nafsu semata, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu melihat segala, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu melanggar batas, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu syurga dunia, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu cemerlang tanpa usaha, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu pulangan besar tanpa usaha besar, buatlah bumi sendiri.
Jika mahu BUAT MAKSIAT, buatlah bumi sendiri.
Taubatlah berkali-kali!
Taubatlah berkali-kali!
Taubatlah berkali-kali!
Orang-orang mukmin yang bertaubat pasti berjaya!

Sunday, September 25, 2011

Siapa

Saya tak suka bila diperhati oleh orang yang tidak sepatutnya. Anda siapa untuk berbuat demikian? Saya juga ada hak seperti orang lain. Jangan nafikan apa hak saya. Saya tak suka diperlakukan begini. Jangan sampai saya cakapa saya benci.

Wednesday, September 21, 2011

Go Tiger! Aummmm

Malam ini berlangsungnya Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia antara Malaysia vs Jepun. Sudah tentu peminat seluruh negara berdebar-debar mahu menyaksikan perlawanan Malaysia vs Jepun ini.

Setelah sekian lama menyepi di pentas Asia ni, kali ini kita muncul! Ini SEJARAH!! Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 ini, Malaysia vs Jepun ini disiarkan di Saluran 801, Astro Arena dan juga RTM2.

Ayuh semua! Tunggu apa lagi. Bersama kita meriahkan kedai-kedai mamak dan rumah-rumah kita dengan menonton perlawanan bersejarah ini. Apa yang penting sokongan kita kepada pemain bukanlah kritikan-kritikan negative yang tidak membina. Kita perlu yakin akan kemampuan pemain Harimau Muda.

Apa pun jua keputusan nanti, janganlah melatah dan menghukum sesiapa. Adat permainan ada yang menang ada yang kalah. Yang penting cara yang kita guna untuk orang ingat bagaimana kita melakukannya. Go Tiger! :D

Wednesday, September 14, 2011

Kitab Cinta

Cinta lagi?
*Buat abg yasir,mungkin entry kali ini dan sebelum ini hanyalah satu kebetulan sahaja. Tiada kena mengena dengan kehidupan sekarang dan akan datang.

Cinta bagiku memberi pengertian yang berbeza. Ia tidak hanya tertumpu kepada cinta seorang adam kepada hawa tetapi cinta itu begitu luas. Apa yang saya mahu kongsikan di bawah ialah petikan puisi dari sebuah drama arahan Eirma Fatima, Kitab Cinta yang menarik perhatian saya untuk menontonnya. Pembawakan pelakon serta jalan cerita yang berbeza dengan drama-drama yang ditonton sebelum ini memberi saya satu idea untuk berkongsi setiap rangkap puisi yang dikirim oleh Wali (hero) kepada heroin cerita ini (lakonan Fazura).

"Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi.."

Indah bukan? :)

Tuesday, September 13, 2011

Talking to the moon~

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

*song by Bruno Mars ..like it :)


Thursday, September 08, 2011

Lumrah...

Memang normal jika lelaki melihat paras wanita dari segi rupa dan bentuk badan. Tapi kalau nak bercinta dan sayang perlu ke tengok semua itu? Memang setiap lelaki kalau boleh nak ada teman wanita yang cantik, pandai bergaya dan tahu menjaga hati pasangan mereka. Tapi boleh ke lelaki itu ada teman wanita jika dia hanya mahukan seks saja? Tentu tidak kan? Ada sesetengah orang yang sudah tidak mempunyai perasaan untuk bercinta, bukan kerana mereka ini gay atau lesbian, tapi mungkin kerana sudah selesa dengan status single atau tidak berpunya. Tapi kalau perempuan macam mana? Aku yakin, 70% perempuan jujur dalam percintaan mereka. Cuma kadang-kadang ada sikit menipu.

-gambar hiasan-

Ada juga sesetengah orang, bila sudah ada teman wanita atau lelaki, mula lah rasa single lagi bagus. Tak pening kepala dan macam-macam lagi. Tapi bila time single, mula la mencari teman wanita atau lelaki. Alasan tipikal, “Jeles la tengok member aku ni happy je ngan bf/gf die” . Dan satu lagi, “Lame dah single“. Haha. Apa sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup ni? Kasih sayang? Teman time sedih dan gembira? Atau seks?

-gambar hiasan-

Actually, nak tahu tak apa yang sebenarnya kau nak? OK. Kau sebenarnya hanya inginkan seseorang yang boleh berkongsi masalah bersama, tempat untuk kau bergembira bersama dan untuk mengisi kesepian dalam hati. Tapi bila kau sudah rasa gembira, kau akan lupakan sekejap orang yang sentiasa berada di sisi kau. Tak percaya? Cuba kau ingat balik, time kau lepak dengan kawan-kawan mesti kau akan sms busy kepada BF/GF kau, kan? Atau mungkin, kau reply pun lambat. Haaa. Itu baru kawan-kawan, belum lagi kalau dah ada bakal pengganti GF/BF kau. Mesti lupa terus kan? Tapi aku percaya, bukan semua orang begitu kan?

(sumber dari ariefjiey)