Pages

Wednesday, April 29, 2009

-AKU, DIA DAN BAS-

Bas,
kau datang ketika ku kesepian
kehadiranmu menggugat diriku
bunyimu, wajahmu, baumu..oh..bagai melayang rasanya.

oh bas,
walaupun dirimu hanya sekadar bas
tetapi kau tetap bertakhta di hatiku
bersamamu ku bahagia
tanpamu ku berduka

basku,
pabila kau tiada ku sengsara
kau datang padaku dan berkata 'Aku sudah punya yang lain'
begitu mudah ungkapanmu pada hatiku
yang terhiris berdarah mencurah-curah bak darah ikan kene sembelih

bas idamanku,
kau yang terindah, kau yang gagah
memberi harapan & impian setinggi gunung Nuang
jangan kau hancurkan segala yg telah kau janjikan
ku kan kecewa, punah segala harapan

bas yg kusayangi,
hadirmu membawa 1000 pengertian
utk aku terus mengenal realiti hidup
tapi kau juga membuatkan aku rasa bosan
ingin saja rasanya aku bom guna carl gustav di hadapan ini

basku,
kaulah ratu hatiku
tanpamu ku resah
mimpi tak basah
tidur tak selera
makan tak lena
datanglah kau padaku
tanpa mengira masa
aku sentiasa menantimu sayang
oh santoloyo

basku,
kau umpama SUO bagiku
tanpamu, hidupku tak keruan
datangmu bas untuk mengHELLkan aku
oh bas, datanglah kepada diriku yang malas PT ini
janganlah tinggalkan diriku ini
hanya bas di dalam hatiku
bas ku perlukan mu untuk memandu ku ke arah kehidupan

bas dan bas lagi,
ke mana kau pergi?
adakah kau hilang di dalam lubang laras
atau pergi bersama bom asap?
walau datang 100 bom penyuaran padaku
ko tetap bagai lubang penjera hadapan bagiku
kau lah nyawaku
kau lah stap anuarku

basku,
kau umpama rindu yang mula berputik
membuahkan bunga-bunga cinta
utk terus bertahan dan bertahan
membina mahligai bahagia

disimpang diriku disini
kau jantung hatiku
memanduku ke mana sahaja
tidak pernah merungut walau sekalipun

bas,
jika benar kamulah takdirku
aku memohon walau di mana kau dipandu
dekatkanlah hatiku & hati basku

kalau ko bas akulah enjinnya
kalau ko driver bas akulah yg tukang pungut tiket
kalau ko cermin akulah wipernya
kalau ko steering akulah breknya
kalau ko terbabas masuk gaung
I just say goodbye
I'm available-Yes!

bas dan xabes-abes bas,
belahlah enjinku
potonglah wayarku. lalu
tanyalah tayarku..
adakah aku yang ingin ko pungut
atau HIDAYAH yang mahu ko tampar?

-END-

latihan tempatan
pelajaran: carl gustav
jurulatih: staf anuar n staf kirman
tempat: bawah laluan kat pdg kawad
masa: antara 1030-1230 pm

nukilan kreatif bersama:

nor aka manir, dayah aka panjang, ayu aka dagu, anis aka belit, helmi aka baip,
ana aka bonzai, jaa aka sidut, zue aka chubby.