Pages

Monday, August 11, 2008

ape?ooo tidak..!!!

ape???
uitm thg hangat skang!!
rugi ak x pegi pg td..
ye ar ak igt xleh g...tup2 tgk anis pon pg.smlm beria2 kte xleh pg..hmm
pas nengok smgt meor yg mbara2 br blik dr berarak ke pjbt MB, nyesal lak ak x ikut sama..
hehe..bkn ap,sje nk tnjuk perasaan syg kat uitm n org melayu..huhu
ad ke patut nk bg 10% pd org bkn bumiputra...ini hak kami!
dah ad dlm prlmbagaan..sesuki aje nk tukar...
ni br jd MB, kalo lbh lg, x tau la ap nk jdik!!
tp ape yg pntg di sini, ak myokong tndkn ktua mpp kte, abg loqo yg mperthnkan uitm dan hak org melayu!
HIDUP UITM!!!
bwh ni ak sertakan sdikit isu psl nh..

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhimpun di depan pintu masuk utama bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), di sini pagi ini untuk membantah cadangan membuka UiTM kepada bukan Bumiputera. Pelajar mula berhimpun seawal jam 7 pagi di Dataran Shah Alam sebelum berarak secara aman menuju pintu masuk utama sejauh 500 meter diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmann Ulhakim Mohamad Idris.
Mereka turut membawa sepanduk 'Selamatkan UiTM' sambil menyanyikan lagu rasmi universiti itu dan lagu patriotik, Warisan. Luqman turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri yang diserahkan kepada wakil Pejabat Menteri Besar, Hasril Abu Hassan. Kandungan memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri tidak lagi membuat cadangan itu kerana UiTM adalah salah satu hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Pelajar mula bersurai kira-kira jam 10 pagi selepas Luqmann menyampaikan memorandum bagi membantah kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mencadangkan 10 peratus kuota di UiTM diperuntukkan kepada bukan Bumiputera.

papai...

1 comment:

Anonymous said...

Sebab inilah Melayu tidak maju. Saya seorang Melayu yang bangga, tetapi selepas mengetahui perkara ini, MALU menjadi orang melayu.