Pages

Showing posts with label sentimental. Show all posts
Showing posts with label sentimental. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Dermaga cinta

Dimanakah ku harus berlabuh
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata "ini bukan untukmu..."
"Segara menjauh karna disini bukan tempatmu..."

Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh...
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru
Sampai kapan ku harus harungi waktu
Ku lelah menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu

Ya Allah
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju
Kuatkan anak kapalku
 Saat badai menghalangi jalanku

Tetaplah disisiku,
Jangan Engkau menjauh dariku
Kerna ku mati tanpa hadir-Mu
Biarkan seisi dunia mengetahui keindahan tentang cinta.

Ya Allah, jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.

Sunday, October 02, 2011

Oktober

Welcome October! :)

Celik pejam baring bangun dah masuk bulan Oktober. Cepat betul masa berjalan dan berlari. Ada kala masa mengensot dan bertatih. Hehe:)
Walau apapun caranya masa tu berlalu, namun kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini harus bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menelan dan menghembus nafas untuk hidup. Aku bersyukur Ya Allah. Alhamdulillah. Aku masih diberikan kesempatan olehMu.
Kalau tahun lepas di waktu ini aku masih berkerja di Bluewave, masih belum konvo, masih tinggal di Seksyen 8, masih merempit dan masih melalui detik-detik yang gembira. Sekarang banyak yang telah berubah. Aku berkerja di tempat lain, aku dah tamat belajar, rumah baru aku di Seksyen 7, aku dah tak merempit (hehe) dan aku telah melewati banyak suka-duka pahit manis kenangan dan memori bulan-bulan sebelum itu. posing bersama motor di ex-house dulu.hehe

Sesungguhnya begitu banyak Tuhan menguji aku untuk meneruskan kelangsungan hidup aku ini. Namun aku bersyukur aku dikelilingi oleh keluarga, teman, sahabat yang setia menemani aku meneruskan perjalanan. Terima kasih kalian kerana setia bersamaku.
Bulan Oktober ini juga merupakan bulan kesedaran bagi barah payudara. Kanser payudara adalah barah paling popular di negara ini di mana, satu dalam 20 wanita berisiko mendapat penyakit berkenaan dalam hidup mereka. Bunyinya menakutkan bukan? Ia juga menjadi kanser utama yang meragut nyawa wanita dan jumlahnya makin bertambah saban tahun.
Bulan Oktober ni jugak menjadi bulan yang cukup penting buat sahabat-sahabatku; Abang Shawn dan Kak Min akan mendapat cahaya penyeri di hati mereka, Abang Awie akan bertunang, kandungan kakakku Wahidah selamat cukup 3 bulan, hari-hari kelahiran kawan-kawan yang jatuh pada bulan Oktober seperti epul, abang shawn, ayu angelika, lemau, wan cembam, ekin, wahidah jeram, shaton, zac, ily, ziela zainal, cuak, izzati, long dan ramai lagi. Happy Besday buat korang ye! baby nak keluar nanti..hehe

Bulan Oktober ni juga menandakan berakhirnya Ramadhan dan Syawal yang baru sahaja dilewati umat Muslim sedunia. Tiada lagi perut yang berbunyi menahan lapar apabila pergi kerja, tiada lagi keharuman kuih raya dan bunyi mercun di Seksyen 7. Jalan di Shah Alam dan KL kembali seperti biasa (jam juga) kerana openhouse sudah tiada dan tiada lagi Sale MerdekaRaya tetapi datang lagi YES macam biasa yang akan menghabiskan duit aku untuk shopping.
Sudah lumrah, bulan berganti, minggu berlalu dan hari melepasi kita. Namun kita perlu sentiasa beringat dan bersedia. Kehidupan duniawi akan berlalu meninggalkan kita jua, hari kemudian nanti jua yang akan kekal abadi. Sudahkah kita tanya pada diri kita apakah kita sudah cukup bersedia? Wallahualam

p/s: saya rindu mak ayah saya.. +__+ sob..sob..sob..

Wednesday, September 14, 2011

Kitab Cinta

Cinta lagi?
*Buat abg yasir,mungkin entry kali ini dan sebelum ini hanyalah satu kebetulan sahaja. Tiada kena mengena dengan kehidupan sekarang dan akan datang.

Cinta bagiku memberi pengertian yang berbeza. Ia tidak hanya tertumpu kepada cinta seorang adam kepada hawa tetapi cinta itu begitu luas. Apa yang saya mahu kongsikan di bawah ialah petikan puisi dari sebuah drama arahan Eirma Fatima, Kitab Cinta yang menarik perhatian saya untuk menontonnya. Pembawakan pelakon serta jalan cerita yang berbeza dengan drama-drama yang ditonton sebelum ini memberi saya satu idea untuk berkongsi setiap rangkap puisi yang dikirim oleh Wali (hero) kepada heroin cerita ini (lakonan Fazura).

"Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi.."

Indah bukan? :)

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru!


SELAMAT Hari Guru!
Dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di balik kejayaan kita. Insan yang tidak pernah mengharap balasan, wang, atau segala pun melainkan kejayaan kita. Itulah seorang manusia yang dipanggil guru.
Kepada semua guru-guru dan pendidik di luar sana, selamat hari guru, selamat berbakti, selamat meneruskan perjuangan anda.

Tanpa anda, siapalah saya, siapalah peguam yang petah berhujah, siapalah doktor, siapalah akauntan hebat, siapalah bisnesman berjaya… tanpa anda, siapalah perdana menteri kita hari ini!