Pages

Wednesday, September 14, 2011

Kitab Cinta

Cinta lagi?
*Buat abg yasir,mungkin entry kali ini dan sebelum ini hanyalah satu kebetulan sahaja. Tiada kena mengena dengan kehidupan sekarang dan akan datang.

Cinta bagiku memberi pengertian yang berbeza. Ia tidak hanya tertumpu kepada cinta seorang adam kepada hawa tetapi cinta itu begitu luas. Apa yang saya mahu kongsikan di bawah ialah petikan puisi dari sebuah drama arahan Eirma Fatima, Kitab Cinta yang menarik perhatian saya untuk menontonnya. Pembawakan pelakon serta jalan cerita yang berbeza dengan drama-drama yang ditonton sebelum ini memberi saya satu idea untuk berkongsi setiap rangkap puisi yang dikirim oleh Wali (hero) kepada heroin cerita ini (lakonan Fazura).

"Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi.."

Indah bukan? :)

No comments: