Pages

Showing posts with label coretan hati. Show all posts
Showing posts with label coretan hati. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

->3


Sometimes it's a form of love just to talk to somebody that you have nothing in common with and still be fascinated by their presence. The hours look upon as sort of a perfumed garden, a dim twilight, and a fountain singing to it. You and you alone make me feel that I am alive.
“i love you.”
“i love you too.”
“i love you more.”
“you can’t love me more.”
“and why not?”
“because i can’t love you less.”

(still having good time..i hope)

Thursday, May 19, 2011

indah dan sakit


Indah..
ketika itu
terasa ingin hentikan masa dan ketika
wajahmu itu
rindu lama x ku tatap
rindu lama x ku lihat

Indah..
detik itu
kenangan yang indah
walau ia sukar untuk kembali lagi
hanya kau yang mampu buat jantungku berdetik kembali

Indah..
sewaktu itu
senyummu, lirikanmu, sentuhanmu
menjadi igau buatku
terasa gila padamu
walau ia hanya seketika buatmu


Tetapi,
Sakit..
pabila kau katakan semua
kebenaran di hadapan kita
dan kenyataan yang terpaksa aku hadapi

Sakit..
hati dan jiwaku ini
kau x mampu berbuat apa2
kau x dapat menjauhkan dia
lalu dengan mudah
kau suruh aku berlari?

Sakit..
mengenang semua ini
bukan senang buatku
bukan kacang bagiku
hati tidak pernah begini
jiwa tidak pernah begini
kenapa aku yang Kau pilih?

Sekuat daya
aku juga ingin lari darimu
apa kau ingat aku suka begini?
apa kau ingat aku mampu begini?
Setiap hari bagai tiada erti bila akal fikiranku hanya padamu

Derita ini ku tanggung sekian lama
bila ia kan berlalu?
Tuhan tolonglah aku
andai dia bukan jodohku

Tolonglah
hilangkan ingatanku
ingatan bersamanya
dan perit untuk aku iakan
cinta tidak bermakna memilikimu

Friday, May 06, 2011

..bosan..


bosan..
hati aku mula bosan melewati hari-hari seperti ini
jiwa aku makin sepi melayari detik-detik seperti ini
badan aku mula lesu mengingati waktu-waktu seperti ini

aku tidak tahu ke mana perjalanan ini
terasa ia begitu menyedihkan
tubuhku bergoncang di hempas batu jalanan
hatiku bergetar menempuh lorong di awan

ibu dan bapa jauh di rantauan
ku ingin khabarkan semuanya
kepada laut kepada matahari kepada angin
tetapi semua bisu
dan aku hanya terpaku menatap langit

barangkali inikah balasan dosa-dosa
yang tidak disedari waktu dulu
tidak tahu ke mana jawabnya
walaupun ditanya mengapa banyak kali

sesampai di situ
ku ingin tanya semuanya
ku tak ingin bersendiri lagi
barangkali di sana ada jawabnya

Thursday, February 10, 2011

~kosong~

Hari2 yg kulalui ini terasa sunyi…
sunyi seperti dulu aku pernah lalui….
sunyi yg mengundang keperitan…
yg tak tertanggung lg oleh hati ini…

hari2 yg ku lalui ini terasa kosong…
kosong tanpa ada isi di dalamnya…
kosong yg aku sendiri takuti…
kosong yg aku sendiri meronta di dalamnya….

hati ini sunyi…
dan ia menambah kebuntuan..
buntu untuk berfikir…
buntu untuk bergembira….
buntu untuk hidup…

andai dapat aku gapai bintang…
akan ku gilap setiap hari…
agar diri ini dan bintang itu sentiasa bergemerlapan….
dan tiada lagi titik kosong di dalam hati…..

tapi ianya sekadar 'andai'...

*sendu di hari Jumaat* ;)