Pages

Tuesday, November 29, 2011

Nak dapat pahala selepas mati?



-Pasang kipas di surau atau masjid wlaupun satu, setiap kali orang guna, anda dapat pahala walau selepas mati. Sumbangkan Al-Quran dan Yassin sekali
-Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala
-Beri baju kpd org, setiap kali orang pakai, anda dapat pahala
-Beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya
-Menyampaikan ilmu yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada
-Memberi sumbangan pada pembinaan masjid dan surau.

“Apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
Sabda Nabi Muhammad

*Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk dapatkan pahala walau selepas mati. Gunakan kreativiti masing-masing dalam beribadah. Pakai Facebook Atau Twitter pun Sudah memadai, Selamat Beramal !

Thursday, November 24, 2011

Hepi BornDay!



Hepi besday to me!
Baru masuk 23 walaupun dah nak habis tahun..hahaha
Nak wat camane lahir lambat..Nasib bukan 31 Disember lagi kesian haa...
Sempena hari ulangtahun kelahiran ni aku rasa amat bersyukur padaNya kerana masih diberikan peluang untuk bernafas di dalam alam ni.

Dan tak lupa juga pada kedua ibubapa aku yang tak jemu melayan keletah aku dari kecik smapai la dah besar panjang ni..hehe
Kepada adik-beradik,saudara-mara,geng-geng bas sekolah, geng-geng rumah,guru-guru,officemate serta sahabat handai dari kecik sampai la ke besar ni terima kasih semua yang beri ucapan tu kat fb ke sms ke depan2 ke kan..luv u all..hehe

Azam baru?
Ye la..sempena awal muharam hari ahad ni, dan sempena besday i jugak, mesti la kena ada azam baru kan...Nanti la cite azam baru ni..malas nak naip dah..hehe
Sekarang ni nak fokus pada kehidupan sekarang dulu..

Aku harap sentiasa diberi kemudahan dan jalan yang aku ambil sentiasa diredhai oleh Allah.
Walau ujian datang melanda, aku mohon padaMu Ya Allah agar sentiasa dibekalkan hati yang cekal dan tabah untuk menghadapinya.

Syukran Ya Allah untuk kehidupan ini..:)

Monday, November 21, 2011

Ops!

opss!
Lupa laa nak update blog..Busy sangat banyak kerja lor..
Dah berhabuk ke?harap-harap tak lagi..hehe

Thursday, October 20, 2011

Kartunis Fatah: Yang lama dikenang

Dikenali menerusi kartunnya berjudul 'Lagak A. Mahmud' dalam majalah Gila-Gila. Fatah Ngah atau nama sebenarnya Abdul Fatah bin Ngah, 57 cukup sinonim dengan karyanya A. Mahmud dan Lagak A. Mahmud. Kreativiti yang beliau lakarkan dalam Majalah Gila Gila sememangnya menjadi kegilaan masyarakat ketika itu. Watak A Mahmud sebagai watak berjambul di hadapan, memiliki Vespa dan segala-galanya tentang kampung asalnya diperincikan dalam setiap lukisan beliau.





Pelukis, kartunis yang berasal dari Dungun, Terengganu ini merupakan sahabat karib Kerengge. Fatah Ngah dibesarkan dalam keluarga yang meminati seni, anak seorang guru pelawat. Kedua orang adik beliau, Arwah Abdul Jalil Ngah merupakan Art Director sementara penggubah lagu terkenal Sekadar Di Pinggiran, A. Manan Ngah.

Fatah pernah menjadi ilustrator komik Medan Pelajar, Bambino dengan penerbitan majalah Gila-Gila. Kini kartunis Fatah sudah tidak mampu untuk berkarya lagi. Keadaannya yang begitu uzur membatasi perjalanan seni dan hidupnya. Beliau kni sedang menderita mengalami sakit saraf dan hanya mampu menggunakan kerusi roda.

Atas dasar keprihatinan, CAW Konsortium, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Kraftangan Malaysia akan mengadakan Pameran & Jualan Amal Koleksi Kartunis Fatah pada 21 - 30 Oktober 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Hasil jualan amal yang diperoleh akan digunakan untuk membantu kartunis Fatah menjalani rawatan dan aku di sini memohon kepada semua agar mendoakan beliau kembali sembuh dan dapat berkarya semula seperti dulu. Amin.

Di bawah adalah antara koleksi-koleksi lukisan beliau:







Peteh teruskan tendangan!


Jangan terlalu selesa dengan situasi sekarang. Itulah saja peringatan yang mampu aku berikan kepada pemain pasukan Terengganu meskipun sudah mempunyai bekalan selesa selepas berjaya menyumbatkan gol 2-0 melawan Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2011 baru-baru ini.

Jaringan Manaf Mamat yang dikenali sebagai 'Libasan Penyu' itu nyata bisa menaikkan semangat pemain lain dan juga penyokong yang hadir pada malam itu. Kesebelasan utama Terengganu menampilkan kelas yang tersendiri dengan menjerat Selangor.

Bagi aku, permainan belum lagi berakhir. Masih ada 90 minit lagi untuk menamatkan derita sebelum melangkah ke perlawanan akhir. Separuh akhir yang kedua yang akan berlangsung di stadium Terengganu Sabtu ini akan menentukan kalah menang amat ditunggu oleh rakyat Terengganu dan Selangor sendiri.

Aku sebagai anak jati Peteh ini pun tidak sabar menonton ketangkasan dan kemahiran pemain Ganu menggelecek bola dan menundukkan pihak lawan. Walau ramai di antara kawan-kawan aku yang tidak menyokong Terengganu (rata-rata menyokong Selangor) namun ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus bersorak di belakang barisan pemain!
Tunjukkan kehebatanmu di medan pertarungan nanti! Yang pasti aku akan setia menonton di sini walaupun tidak dapat melihat depan-depan di Stadium Ganu. InsyaAllah final jika diizinkan Tuhan aku akan turun padang! Buat pemain Ganu Peteh Sabtu ini pulun habis-habis ye! Chaiyo!

Tuesday, October 18, 2011

Jihad atau Lari?

Titipan di bawah ini saya ambil dari kongsibersamanora.blogspot.com yang berkongsi satu cerita yang menarik yang mampu menyoal diri kita sendiri. Semoga kita dapat hayati kisah di bawah ini dan dapat sebarkan kepada orang lain juga. Yang baik kita ambil, yang kurang kita baiki. Amin :)

Assalamualaikum guys... Kita ambil ini sebagai iktibar dan renungan bersama. Yang baik kita jadikan tauladan dan yang kurang baik kita simpan untuk rujukan... Jom baca dioalog yang dikongsikan dari sahabat2 di FB...

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda jika perkara ini berlaku pada kita.

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah

“Lawak kan, dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN."

“Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi.”

“Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya ”

"Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran”

“Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa."

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawakkan?? Kenapa? Gelak tu kan realiti..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda perkara ini akan sampaikan kat kpd orang lain. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam.

*Nota
Manusia sentiasa mengejar hal dunia berbeza hal akhirat. Masing2 berebut2 untuk kaya dan punya harta berbillion2 dollar untuk dunia tetapi tidak memikirkan untuk berebut2 mencari ilmu dan pahala untuk akhirat.. Inilah dunia manusia.. Bukan semua sedar kesilapan dan dosa masing2... Hanya DIA sahaja yang dapat membuka mata dan hati hamba2nya yang gelap itu... Wallahualam.....

Monday, October 17, 2011

Ganu Peteh Selangor malam ni!


Malam ini bermulanya separuh akhir pertama Piala Malaysia ,di mana pastinya debaran kini dirasai oleh semua pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir. Selangor vs Terengganu dan T-Team vs N.Sembilan! Sudah tentu kesemua empat pasukan akan mencongak strategi terbaik untuk mengharungi pusingan pertama bagi membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik pada 22 Oktober ini.

Terengganu berjaya menyingkirkan juara bertahan Kelantan dalam saingan suku akhir minggu lalu, Terengganu kini mempunyai motivasi tinggi menjelang perlawanan menentang selangor di Stadium Shah Alam. Jurulatihnya, Irfan Bakti bakal melakukan satu lagi kejutan di Shah Alam dan memastikan mereka membawa bekalan selesa ke separuh akhir kedua di Kuala Terengganu nanti.Sandaran pastinya kepada tiga penyerang sensasi Ashaari Samsudin, Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat untuk mengegar gawang Selangor.

Apa yang pasti, saingan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam menjadikan satu pertembungan yang cukup hebat. Untuk rekod, Selangor dan Terengganu pernah bertemu dalam separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 2007 dengan kemenangan berpihak kepada Selangor. Terengganu pula pastinya mengharapkan tuah menyebelahi mereka kali ini selepas tewas dalam tiga penampilan terakhir mereka di separuh akhir.

Anda boleh saksikan perlawanan ini pada pukul 8.40 malam ini di TV1 RTM untuk Terengganu vs Selangor manakala T-Team vs Negeri Sembilan di Astro Arena 801.