Pages

Monday, April 19, 2010

oo PROBLEMA....(><)




Salam..

kali ni saje je aku nak tulis pasal problem2 aku yang tak settle2 lagi..apa ingat aku tak ada masalah cam orang lain? ingat orang nak xam je yang ade problem? ingat orang yang tak ada paper final cam aku senang lenang kat blok? (amboi negatif nya pikiran aku ni..ee teruk..(**)

first, pasal report praktikal aku ni..tak siap lagi dowh...haha..mula2 memang tak ada orang nak tolong guide kan aku..main redah ajer wat..haha
mintak tolong dah ramai orang tapi sorang aje nak tolong, kak nadia..thanx akak...hee;)
skang pun dalam proses lagi ni wat..susah jugak nak wat report praktikal rupanya..perah2 otak memang da tahap nak kering ni..ditambah pula dengan masalah len kan..

second, masalah tentang mass nite atau lebih dikenali dengan makan malam rejimental..pening btol jdik NYDP..NYDP je pon..bukan YDP..tapi kerjanya mengalahkan YDP lak..haha..nak wat camane,siapa lagi yang nak kena urus kalau tak aku dan zaimah yang da habis praktikal ni..kitorang la mangsa kerakusan perangai manusia di sini..(hoho..ayat x hengat dunia)..
pening kepala..bukan setakat pening je, da tunggu masa nak meletop je..cam bom jangka lak..huargh3


aku bukan nak tunjuk pandai nak wat itu ini, bukannye aku cakap diorang langsung tak wat keje ke ape..tapi diorang ni nampak cam lepas tangan..ade la bebrapa orang yang tunjuk minat tu tapi bukan semua la..dan aku kadang2 memang x ikhlas langsung wat keje2 ni..nak tau sebab aper?? (cepat aje nak tau eh...sebok!!)

PERTAMA - aku tersangat la HOMESICK skang..sebut pasal umah ke, balik ke, kampung ke mesti mata dah nak berair dan hulu hati jadik pedih semacam sebab kena tahan kesebakan tersebut..mokkkkkkkkkk...


KEDUA- orang sekeliling aku tak ambil berat langsung pasal benda ni.aku tau semua busy ngan xam tapi apa salahnya tunjuk sikit keambil beratan tu bertanyakan kat aku dan atleast tunjuk muka baik ngan aku.(bukan semua,sesetengah je)..ingat aku nak sgt ke urus benda semua ni? sory sket kalo bukan sebab abah aku pesan aku kena habiskan apa yang aku mulakan kat cni..hanya kerana abah aku je tau aku bertahan ni...sob3...;(

KETIGA- perangai p____ aku yang macam b----- dan h----...semua kerja aku jadi bertangguh2 sebab perangai diorang ni la..eee!!!

tu je la..3 cukup r..nak banyak2 buat aper,wat tambah dosa jek..haha..tapi kadang2 aku pon motivate diri sndiri balik ngan think positive dan fikir kawan2 dan skuad cawangan skali.. tapi aku patut bangga la dengantahap kesabaran aku yang ada ni..kalo orang lain aku rasa mesti da blah lama dah sebab tak tahan ngan komitmen semua pihak yang terlibat..(xde sape nak puji lor)

hello!! ingat aku sorang je ke nak makan massnite nanti ha?? lu pikir sendiri r..dah besar kan..tapi da besar ni la otak lagi lembab kan..so nak kena bagitau dengan penuh kesopanan sebab takut hati terluka..kita aje yang jaga hati dan perasaan orang..kita plak? sape nak jaga? saper???


Sunday, April 04, 2010

^dugaan dan ketentuan..^

-dugaan-
dugaan aku ngan laptop aku x pernah nak habis..dari dulu sampai sekarang..aku pun x faham apa yang aku dah buat sampai setiap kali aku nak guna je, mesti laptop jadik demam la, selsema la, pening la...



-ketentuan-

aku tak tau apa nasib aku lepas habis praktikal ni..nak sambung ker..nak cari kerja kat kampung ker...nak stay shah alam ker..adoyai..fening dibuatnyer..yang paling best ayah aku ikut je apa keputusan aku buat sebab dia cakap apa yang terbaik untuk aku terbaik jugak untuk dia..abah, love u so much...ngeee;)

Wednesday, March 31, 2010

deep up plak...

i'm tired of being like this. everything is gonna be out of my mind ! i wonder why people kept trying to get my heart hurt ? can't they gimme some spaces to search for peace ? mereka sengaja ke atau secara tidak sengaja ? aku rase mereka nie mmg xsedar kot..ataupun memang secara lahiriahnya perangai diaorang memang camtu..
alih2 aku jugak kene tarik nafas dalam2 dan tenangkan fikiran dan hati yang da bleeding neh..hari2 rasenye petir menyambar kat aku..wakaka


tak sabar rasenye nak balik umah n lepaskan semua ni..but i now that someday i'll miss these crappy thing dat hapen around me here..walaupun aku xleh nak muntahkan depan diorang2 tuh ape yang aku rasa, but i feel calm writing like dis..(ngeh3)

Monday, March 22, 2010

deep down...


salam..

memang sudah lama blog ini bersawang..mungkin 'bersawang' bukan perkataan sesuai untuk keadaan blog aku sekarang ni..mungkin ianya sudah 'mati' dalam keadaan aku sendiri pun tak sedar..
mengapa dada aku ini ku rasakan sesak sekali ketika ini..aku tidak selesa dan tidak ingin berada di tempat ini..jiwa dan hatiku berada di tempat lain..
aku hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar dipercepatkan masa tanpa aku sedari..amin..

*sarangae jang geun suk

Monday, October 12, 2009

BILA OTAK TURUN KE LUTUT...

Inilah jadinya bila berotakkan kepala lutut. Pemikiran jadi sempit, bercelaru dan tak keruan. Kebolehan membuat pertimbangan yang wajar lenyap, semata-mata kerana dendam kesumat. Kesudahannya, kebodohan sendiri terserlah.

Pagi tadi saya membaca dalam akhbar 'The Star' wawancara pemberita Philip Golingai dengan makhluk berbangsa Indonesia bernama Adian Napitupulu, 38 tahun, berasal dari suku kaum Batak, yang mengangkat dirinya sebagai ketua kumpulan 'vigilante' Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat), yang mana matlamatnya ialah 'Ganyang Malaysia'.

Kumpulan inilah yang telah melakukan operasi 'sweeping' rakyat Malaysia di Menteng, Jakarta pada Sept 8 yang lalu. Dengan berbekalkan buluh runcing, mereka bermaharajalela buat seketika di kotaraya Jakarta, memeriksa kad pengenalan pengguna jalanraya untuk menahan rakyat Malaysia. Malang bagi mereka, tiada pulak orang Malaysia lalu di situ pada waktu tersebut.

Golingai bertemu Adian di Jakarta hasil usaha seorang wartawan Indonesia bernama Samiaji Bintang. Bukan main bersemangat lagi si Adian ini ketika ditemubual oleh Golingai. Ditanya oleh Golingai apa tujuan 'sweeping' itu, dia menjawab, "Kerana kerajaan Malaysia 'sweeping' rakyat Indonesia di Malaysia."

Begitu terserlah 'kepintaran' Adian dengan jawapan ini. Tahukah dia bahawa di Malaysia ada 2 juta pendatang haram Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini, disamping 1.4 juta warga dari seluruh pelusuk Indonesia yang masuk secara sah dan berkerja membanting tulang empat kerat mencari rezeki demi menampung kehidupan keluarga mereka di kampung?

Operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah untuk menangkap pendatang haram ini dan menghantar mereka pulang. Kalau benar-benar mahu mencari rezeki yang halal di Malaysia, kenapa tidak dimulakan dengan perbuatan yang juga halal, iaitu masuk secara halal? Saya yakin polis dan imigresen Indonesia juga akan bertindak sama jika berhadapan keadaan yang serupa.

Mungkin kehadiran 2 juta pendatang haram ini isu kecil kepada Adian, memandangkan penduduk Indonesia seramai 237 juta. Tetapi dia lupa (atau mungkin jahil) bahawa penduduk Malaysia hanya 27 juta dan 2 juta itu merupakan 7.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini! Dan jika diambilkira 1.4 juta yang masuk secara sah, ini bermakna lebih 10 peratus daripada penduduk di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia semata-mata.

Saya ingin bertanya: "Senangkah kamu jika 23 juta daripada 237 juta penduduk di Indonesia terdiri daripada pendatang asing yang bukan warga sendiri tetapi menggunakan prasarana negara kamu dengan sepenuhnya?

Mampukah kamu bertindak dengan prihatin seperti kami? Kalau diukur dengan apa yang saya lihat hari ini, kamu tidak mampu bertimbang rasa."

Kumpulan Bendera ini telah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan telah mengumumkan akan menyerang Malaysia pada 8hb Oktober ini, iaitu hari Khamis akan datang. Di wawancara tersebut, Adian juga telah memberikan Golingai satu nota pengisytiharan perang bertajuk "Ganyang Malaysia!"

Pengisytiharan tersebut mengatakan bahawa rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (kesemuanya senjata tradisi Indonesia) telah berikrar bermandi darah untuk menghapuskan Malaysia.[Perhatikan bagaimana setiap senjata diberi nama tempat yang khusus dalam nota tersebut, mungkin takut dimaling agaknya, walaupun kita juga ada golok, badik, keris, pedang, panah dsb].

Kemudian dia menunjukkan satu senarai 'kesalahan' Malaysia yang mendorong kepada pengisytiharan tersebut: tuntutan Malaysia terhadap kepulauan Sipadan, Ligitan dan Jemur, mencuri budaya Indonesia (makanan rendang, lagu Rasa Sayang dan tarian Pendet antaranya), menyiksa rakyat Indonesia (ada 34 nama dalam senarai).

Jemu jelak saya hendak memperkatakan persoalan ini sebenarnya. Tidak ada gunanya berdialog dengan manusia yang berdendam dan taksub, yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa antara kita memang ada lintas budaya kerana kita serumpun.

Hanya 34 nama di antara 3.4 juta warga Indonesia (sah dan haram) di Malaysia? Bagaimana dengan penjenayah Indonesia yang berleluasa di Malaysia membunuh, merompak, mencuri, merogol dan sebagainya? Saya kira senarai mangsa mereka lebih panjang daripada 34 nama. Malah, tidak dapat dinafikan kadar jenayah di negara ini mencanak dengan kehadiran mereka. Ini bukan omong kosong; ia boleh dibuktikan.

Menurut Adian, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Katanya lagi mereka telah berjaya menghubungi

1.45 juta pekerja Indonesia - pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang - yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula. [PS: Sesiapa yang ada bibik sila ambil perhatian. Perlu tau demi keselamatan rumah].

Saya tidak pasti sama ada pekerja-pekerja yang dimaksudkan itu (rata-rata yang mencari rezeki halal di sini) akan sanggup mencurah pasir ke periuk nasi sendiri semata-mata kerana patriotisme terpesong ini. Sanggupkah mereka mematahkan punca rezeki mereka kerana ini?

Tambah 'pakar strategis perang' ini lagi, pada tarikh tersebut 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal - tidak lut ditikam atau ditembak - akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo.

"Dari Pontianak kami akan menawan Kuching dan dari Nunukan kami akan menawan bandar Malaysia yang terdekat." Apabila ditanya apa nama bandar tersebut dia menjawab tidak tahu. (So much for a war strategist!) Note:

Bandar Malaysia terdekat selepas Nunukan ialah Tawau. Dalam masa enam hingga lapan bulan, kata Adian, Bendera akan berjaya menakluki Kuala Lumpur.

Saya tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis membaca temubual ini.

Yang pasti, Adian dan para pengikutnya seolah-olah terlalu teruja untuk 'ganyang Malaysia' sehingga tenggelam punca.

Hanya satu saja nasihat ikhlas dari saya: Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia, lebih baik kalian berangkat ke Padang. Dua gempa bumi dua hari berturut-turut telah mengakibatkan lebih seribu kematian dan tiga ribu lagi masih hilang. Ataupun, kalian menyusur Tasikmalaya di Pulau Jawa tempat kalian sendiri, dimana berlaku gempa bumi sebulan yang lalu.

Cuba kalian kerah tenaga membantu mangsa senegara kalian yang amat memerlukannya. Bawa senjata kalian ke Padang dan gunalah golok Betawi mu untuk mengorek timbunan bagi mengeluarkan mayat-mayat yang kian reput di bawah runtuhan.

Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini dibantui pasukan penyelamat dari seluruh dunia termasuk pasukan SMART, Tentera, Bulan Sabit Merah dan lain-lain dari Malaysia. Malah, berbagai tabung telah dimulakan oleh pihak swasta di Malaysia untuk membantu.

Salurkan tenaga kalian kepada tugas membantu anak bangsa sendiri. Itu lebih berfaedah...

PS: Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan dua lagi gempa bumi di Indonesia, satu di Papua dan satu lagi di Sulawesi.......

PS: Terdapat mangsa gempa bumi dengan angkuh menolak bantuan daripada Malaysia, kononya dari sumber haram, tapi menerima bantuan daripada negara-negara bukan Islam. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikanpun masih bongkak.

PS: Para pelajar kita tidak dilayan ketika meminta bantuan makanan. Mereka diberitahu, keutamaan adalah kepada rakyat tempatan. Mereka lupa bahawa kehadiran para pelajar kita itu turut memberi sumber pendapatan kepada mereka.

Mendidih darahku bila memikirkan tindak tanduk segelintir manusia yang tidak mengenang budi ini...

HENTIKAN SAJA PENGAMBILAN SEMUA PEKERJA DARIPADA INDONESIA. BUKA PELUANG ITU KEPADA NEGARA LAIN. TIADA GUNANYA KITA BERBUAT BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU MENGHARGAINYA. JANAGAN ANAK KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK KITA MATI KELAPARAN!!!!

JANGAN HANTAR WESTERN UNION KE INDONESIA!!! KURANGKAN ALIRAN WANG KELUAR.

Wednesday, July 15, 2009

sakit...












waa...seksa ak dlm 2-3 hri ni...
dmam, slsema, batuk n lelah...
plg ak x thn skali lelah la...tiap2 mlm n pg ak xleh nk bnfs...
seksa dowh...
dh r skang msim H1N1, ak cuak gak r..tp ak ykin ak bebas dr pykit tu cme ye la skang kn mmg msim org dmam n batuk kn...
pastu stu lg, JEREBU...gle ap skang jerebu dr pg smpai mlm...xleh nk bnfs kot..
udara kotor gle...ap la nk jd ngan s.alam ni..
hmmm..mlm nih ak blik, kul 9 nek bas.ad bnda nk diuruskan kt kg, ayh ak tu la nk sgt ak blik..hehe
skang ni ak ngah pening kpale psl course registration ak...pening2...xleh nk add course la, xleh nk drop course la..ak dah twun nek pjbt brape kali, tu x kre pg APB lg, pg jmpe KP lg...adoi yaaa.. skang kne pg jmpe koordinator plak...die igt ak ad byk sgt msa nk pg cna cni?nk dftr elektif pon xleh,nnt ak xdpt nk msuk dlm kls tu camane....hwaaaaa...
ape la mslh registration ni...
wat system xbtol, pastu nk mrh n slhkn student plak...kate nk mmudhkn student tp ni myusahkan lg ade r...eeee myamph gle ar...
ape ar uitm nye sistem x btol!!!sape stuju kite nek kn isu in, angkat tgn!!!!ptotnye upgrade la lg, tgk ap mslh2 yg akn tmbul pastu error2 yg x spatutnya timbul ble student nk register course...ape la...
isnin ni ad masnite...ak xleh pg...so sape nk gntikn tmpt ak plak?
bongek tol la...ak ad kls jpun kot, stu kls stu bab...camane nk ponteng...msti ar xbleh...
eee mcm2 mslh la...rase cm nk lari je dr cni...JERIT!!
AAAAAAAAAAA!!!!!!HAHAHA


Wednesday, April 29, 2009

-AKU, DIA DAN BAS-

Bas,
kau datang ketika ku kesepian
kehadiranmu menggugat diriku
bunyimu, wajahmu, baumu..oh..bagai melayang rasanya.

oh bas,
walaupun dirimu hanya sekadar bas
tetapi kau tetap bertakhta di hatiku
bersamamu ku bahagia
tanpamu ku berduka

basku,
pabila kau tiada ku sengsara
kau datang padaku dan berkata 'Aku sudah punya yang lain'
begitu mudah ungkapanmu pada hatiku
yang terhiris berdarah mencurah-curah bak darah ikan kene sembelih

bas idamanku,
kau yang terindah, kau yang gagah
memberi harapan & impian setinggi gunung Nuang
jangan kau hancurkan segala yg telah kau janjikan
ku kan kecewa, punah segala harapan

bas yg kusayangi,
hadirmu membawa 1000 pengertian
utk aku terus mengenal realiti hidup
tapi kau juga membuatkan aku rasa bosan
ingin saja rasanya aku bom guna carl gustav di hadapan ini

basku,
kaulah ratu hatiku
tanpamu ku resah
mimpi tak basah
tidur tak selera
makan tak lena
datanglah kau padaku
tanpa mengira masa
aku sentiasa menantimu sayang
oh santoloyo

basku,
kau umpama SUO bagiku
tanpamu, hidupku tak keruan
datangmu bas untuk mengHELLkan aku
oh bas, datanglah kepada diriku yang malas PT ini
janganlah tinggalkan diriku ini
hanya bas di dalam hatiku
bas ku perlukan mu untuk memandu ku ke arah kehidupan

bas dan bas lagi,
ke mana kau pergi?
adakah kau hilang di dalam lubang laras
atau pergi bersama bom asap?
walau datang 100 bom penyuaran padaku
ko tetap bagai lubang penjera hadapan bagiku
kau lah nyawaku
kau lah stap anuarku

basku,
kau umpama rindu yang mula berputik
membuahkan bunga-bunga cinta
utk terus bertahan dan bertahan
membina mahligai bahagia

disimpang diriku disini
kau jantung hatiku
memanduku ke mana sahaja
tidak pernah merungut walau sekalipun

bas,
jika benar kamulah takdirku
aku memohon walau di mana kau dipandu
dekatkanlah hatiku & hati basku

kalau ko bas akulah enjinnya
kalau ko driver bas akulah yg tukang pungut tiket
kalau ko cermin akulah wipernya
kalau ko steering akulah breknya
kalau ko terbabas masuk gaung
I just say goodbye
I'm available-Yes!

bas dan xabes-abes bas,
belahlah enjinku
potonglah wayarku. lalu
tanyalah tayarku..
adakah aku yang ingin ko pungut
atau HIDAYAH yang mahu ko tampar?

-END-

latihan tempatan
pelajaran: carl gustav
jurulatih: staf anuar n staf kirman
tempat: bawah laluan kat pdg kawad
masa: antara 1030-1230 pm

nukilan kreatif bersama:

nor aka manir, dayah aka panjang, ayu aka dagu, anis aka belit, helmi aka baip,
ana aka bonzai, jaa aka sidut, zue aka chubby.